*Bengkel ini ditawarkan kepada pelanggan CGC sahaja dan penyertaan adalah tertakluk pada ketersediaan.
*Tarikh bengkel tertakluk kepada perubahan.
*Bengkel ini ditawarkan kepada pelanggan CGC sahaja dan penyertaan adalah tertakluk pada ketersediaan.
*Tarikh bengkel tertakluk kepada perubahan.
Sesetengah Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) menghadapi cabaran dalam mendapatkan pembiayaan / pinjaman daripada Institusi Kewangan (FIs) / Institusi Kewangan Pembangunan (DFIs) disebabkan oleh beberapa halangan seperti kekurangan atau ketiadaan pelan rekod kewangan iaitu penyata bank atau penyata keuntungan dan kerugian. Selain daripada tahap ketersampaian kewangan yang lemah, sesetengah perniagaan mungkin juga tidak mempunyai cagaran atau memiliki rekod kredit yang lemah.
Penasihat Kewangan CGC (FA Team) membantu PMKS yang menghadapi kesukaran untuk memperoleh pembiayaan / pinjaman, dengan menjalankan kajian yang menyeluruh terhadap permohonan mereka untuk mengenal pasti punca permasalahan dan memberi panduan serta bimbingan kepada PMKS untuk meningkatkan pengetahuan kewangan dan mengukuhkan kelayakan mereka.
Penasihat Kewangan CGC juga membantu PMKS dalam mendapatkan pembiayaan alternatif, seperti Peminjaman antara Rakan Setara (P2P) untuk permohonan yang tidak layak memohon pinjaman / pembiayaan daripada Institusi Kewangan (FIs) / Institusi Kewangan Pembangunan (DFIs).
Khidmat nasihat kewangan yang diberikan adalah bergantung kepada permasalahan yang dihadapi oleh PMKS seperti kegagalan dalam mendapatkan pembiayaan / pinjaman daripada institusi kewangan atau rujukan kepada pembiayaan alternatif. Di samping itu, kami akan merujuk PMKS kepada agensi pembangunan kapasiti yang dapat membantu keupayaan PKS dan memperbaiki kekurangan mereka.
Dengan memanfaatkan maklumat yang diperoleh, Penasihat Kewangan CGC berhasrat untuk meningkatkan bilangan PMKS yang layak untuk memperoleh pembiayaan / pinjaman. Di samping itu, dapat memberi lebih banyak pilihan kepada PMKS untuk bekerjasama dengan pembiayaan alternatif atau agensi pembangunan kapasiti lain. Kami sentiasa memantau kemajuan PMKS serta berharap dapat membantu perjalanan keusahawanan mereka.
Perkhidmatan khidmat nasihat akses pasaran mendedahkan PMKS kepada pengetahuan dan kemahiran yang bersesuaian untuk mengembangkan pasaran produk / servis ke pasaran tempatan, antarabangsa atau melalui dalam talian. CGC Developmental Programme™ menawarkan Bengkel Penasihat dan Inisiatif Akses Pasaran yang dapat membina perniagaan dan menawarkan peluang kepada PMKS yang berminat.
Bengkel Penasihat merupakan sesi perkongsian maklumat terkini serta gaya perniagaan oleh mereka yang pakar dalam sesuatu bidang. Bengkel ini mendedahkan PMKS terhadap strategi baharu pasaran serta cara yang berkesan untuk menjalankan perniagaan. Antara topik yang dikongsikan termasuk tip penjualan dan perkhidmatan dalam talian yang berjaya, pemasaran digital, cara untuk mendapatkan pensijilan produk, serta Revolusi Industri 4.0.
CGC Developmental Programme™ sentiasa berusaha untuk membuka pasaran yang baharu kepada PMKS. Pada peringkat dalam negara / tempatan, kami membantu PMKS meneroka pelbagai saluran pasaran seperti pasaraya besar dan farmasi. Dengan itu, ia dapat membuka peluang yang lebih banyak untuk pengedaran produk mereka.
Bagi pasaran antarabangsa pula, PMKS dibantu melalui kerjasama dengan MATRADE dalam menganjurkan pameran seperti Canton Fair atau China Expo ASEAN (CAEXPO). CGC juga mengendalikan pemadanan perniagaan yang disesuaikan (CGC International BizMatch) dengan rakan niaga daripada negara lain seperti Thailand dan Indonesia. Hal ini dapat membuka peluang perniagaan yang lebih luas untuk pemasaran merentasi sempadan.
Sekiranya terdapat jurang yang perlu dihadapi oleh PMKS, CGC akan menganjurkan sesi bimbingan yang khusus dan relevan seperti pembungkusan produk atau cara penjualan yang efektif kepada pembeli/pelanggan. Khidmat nasihat kami meliputi usaha dalam membantu PMKS untuk memenuhi kelayakan, persijilan atau kriteria yang diperlukan dalam produk mereka serta memastikan kelancaran pasaran baharu.
CGC Developmental Programme™ turut bersama PMKS dengan sentiasa memahami keperluan mereka.
Kami memaparkan beberapa kisah kejayaan kehidupan yang dikecapi oleh mereka yang dibantu di bawah CGC Developmental Programme™. Sebuah kisah benar yang menjadi inspirasi kepada semua.
Kami diperkenalkan kepada CGC Developmental Programme™ oleh pegawai CGC sebelum disenaraikan penyertaan ke China-ASEAN Expo (CAEXPO) di Nanning. Ini merupakan suatu peluang yang baik untuk PKS seperti kami untuk menembusi pasaran antarabangsa. Dengan bimbingan dan sokongan yang berterusan dari pasukan CGC Developmental Programme™, jenama kami kini dikenali di luar Malaysia. Kami berupaya untuk melantik stokis Brunei selepas mempunyai beberapa stokis di Malaysia dan Singapura. Bilangan kakitangan kami juga telah meningkat. Saya dapat melihat masa depan yang cerah untuk jenama kami. Kami juga mensasarkan untuk menembusi semua negara jiran dan menjadi sebahagian daripada jenama seharian mereka.
Kami mengemukakan permohonan melalui imSME tetapi malangnya berdasarkan keadaan syarikat pada masa itu, kami tidak layak mendapatkan kelulusan daripada Institusi Kewangan (FI). Melalui cadangan daripada Penasihat Kewangan (FA) CGC, kami diperkenalkan kepada pilihan pembiayaan alternatif seperti Peer-to-Peer (P2P) yang memberikan pembiayaan sah kepada PKS seperti kami. Setelah Penasihat Kewangan CGC mengesyorkan kami kepada Fundaztic (syarikat P2P), permohonan pinjaman dan pembayaran berjaya diluluskan.
Kami telah berjaya mendapatkan pinjaman daripada Agro Bank dan CGC sebagai penjamin, dan kejayaan kami adalah melalui CGC Developmental Programme™ setelah terpilih ke 15th CAEXPO 2018. Ini merupakan satu anjakan yang membawa kami ke pasaran antarabangsa. Kami mendapatkan kenalan baru yang terdiri daripada kalangan pengeluar dari pelbagai negara, belajar banyak perkara penting dan maklumbalas untuk membaiki produk kami. Kami akan terus membaiki kualiti produk (mendapatkan sijil halal dan sebagainya) sebagai langkah ke pasaran antarabangsa.