ESG

1. Apakah itu Alam Sekitar, Sosial and Tadbir Urus (ESG)?

Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) ialah set panduan yang membolehkan pihak berkepentingan, termasuk pelabur memahami cara organisasi mengurus risiko dan peluang yang berkaitan dengan kemampanan.

Terdapat tiga dimensi untuk ESG dan ia adalah:
a. Alam Sekitar (E): Fokus kepada kesan alam sekitar syarikat, termasuk jejak karbon, penjimatan tenaga, pengurusan sisa, penggunaan air dan/atau usaha untuk mengurangkan pencemaran dan penggunaan sumber.
b. Sosial (S): Penumpuan khusus kepada cara pengendalian syarikat terhadap pekerja, pelanggan dan komuniti di mana syarikat itu beroperasi.
c. Tadbir Urus (G): Pengkhususan amalan pengurusan syarikat dan komitmennya terhadap operasi perniagaan yang beretika dan telus.

2. Mengapakah Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) penting untuk PMKS?

Penggunaan ESG adalah penting bagi PMKS untuk mengurus risiko, meningkatkan reputasi syarikat, meluaskan akses pasaran dan memupuk inovasi. ESG boleh menjadi landasan penyelarasan objektif perniagaan dengan kesejahteraan alam sejagat dan Masyarakat dan secara tidak langsung, menyumbang kepada masa depan yang lebih mampan dan terjamin.

3. Rakan Niaga Kami:

a. Jawatankuasa Bersama Perubahan Iklim (JC3): https://www.jc3malaysia.com/
b. Capital Markets Malaysia: https://www.capitalmarketsmalaysia.com/

4. Maklumat untuk PMKS:

a. ESG Jumpstart: Portal Maklumat untuk PMKS:
i. https://www.jc3malaysia.com/esg-jumpstart-for-smes
ii. https://youtu.be/HSFv3-q0ciA
b. Panduan Pendedahan ESG Ringkas (SEDG) untuk PMKS dalam Rantaian Bekalan: https://sedg.capitalmarketsmalaysia.com