Kenali imSME

Platform Pembiayaan Pinjaman PKS Pertama di Malaysia

 

Impikan kejayaan besar dan capai aspirasi perniagaan anda. imSME diperkenalkan untuk membantu anda mendapatkan pembiayaan/pinjaman perniagaan yang sesuai. Kami memadankan keperluan perniagaan anda dengan kemudahan kewangan yang terbaik di pasaran.

Pernahkah anda dengar mengenai imSME? Akronim “I am mSME”, mewakili ‘micro, small and medium enterprises’, dikenali sebagai Perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia. imSME merupakan platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS pertama di Malaysia yang dilancarkan pada Februari 2018. imSME dimiliki dan diuruskan oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC), dengan sokongan Bank Negara Malaysia serta bank-bank yang terlibat.

Tanpa cagaran, mudah dan maklum balas dalam tempoh 2-hari sahaja. imSME adalah saluran eksklusif untuk PKS mengakses pilihan pembiayaan/pinjaman tanpa cagaran bagi mengembangkan perniagaan. imSME membolehkan PKS membuat pemilihan sendiri sama ada  mencari mahupun menemui  pilihan pembiayaan/pinjaman yang sempurna untuk perniagaan anda.

imSME adalah platform terbaik untuk:

  • Mengakses informasi mengenai pilihan pembiayaan/pinjaman terkini dengan pantas, pada bila-bila masa dan di mana sahaja (24/7).
  • PKS mencari pembiayaan/pinjaman oleh bank-bank panel dengan mudah dan selesa.
  • Memohon pembiayaan/pinjaman daripada platform tunggal.

Terdapat 26 institusi kewangan termasuk 5 institusi pembangunan kewangan, 3 agensi dan 15 sumber kewangan alternatif dibawah imSME. Anda mempunyai pilihan!

Jangan risau sekiranya tiada padanan pembiayaan/pinjaman untuk perniagaan anda. Penasihat Kewangan imSME yang lebih dikenali sebagai imSME Financial Advisory Team (FA Team) sedia membantu.

Jadikan imSME sebagai platform rujukan pembiayaan/pinjaman pilihan anda.