Tentang Kami

Mengenai imSME

imSME ialah platform rujukan atas talian pertama di Malaysia bagi pembiayaan/ pinjaman PKS yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC).

 

imSME ialah singkatan untuk “Saya adalah mSME.” Perkataan “mSME” juga mewakili golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (lebih dikenali sebagai PKS di Malaysia.) PKS merangkumi semua sektor perniagaan yang mempunyai jumlah jualan tahunan dan bilangan pekerja sepenuh masa yang tertentu. Pada asasnya, imSME merangkumi ciri-ciri PKS yang dinamik dan berdaya saing.

 

Pelancaran imSME adalah selaras dengan perniagaan teras CGC yang bertujuan untuk membantu dan memudahkan golongan PKS dalam mendapatkan akses kepada pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan pembiayaan/ pinjaman yang ditawarkan oleh bank dan agensi yang terlibat.

 

Melalui imSME, kami menghubungkan PKS Malaysia seperti anda dengan bank yang mengambil bahagian dan seterusnya memadankan keperluan perniagaan dan profil anda dengan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS yang bersesuaian. Dengan imSME, anda boleh mencari pilihan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS yang terbaik dan sesuai untuk perniagaan anda. Matlamat utama imSME adalah untuk membantu PKS Malaysia dalam pelbagai sektor untuk mendapatkan pembiayaan/ pinjaman yang diperlukan dengan lebih pantas dan mudah.

 

Selain itu, CGC juga menubuhkan Pasukan Penasihat Kewangan imSME untuk menyemak profil PKS dan menyediakan kaunseling yang komprehensif mengenai kewangan dan juga bimbingan perniagaan. Pasukan penasihat yang berpengalaman memainkan peranan yang penting dalam membantu PKS untuk meningkatkan peluang mereka dalam mendapatkan pembiayaan/ pinjaman. Dengan kerjasama pakar-pakar daripada rakan kerjasama kami, program latihan yang bersesuaian akan disediakan atau dirujuk bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan PKS. Program latihan ini diharap dapat meningkatkan lagi peluang PKS dalam mendapatkan pembiayaan/ pinjaman.

 

Ditubuhkan pada tahun 1972, CGC diberi mandat untuk membantu golongan PKS, terutamanya mereka yang tidak mempunyai cagaran yang mencukupi ataupun yang tidak mempunyai cagaran dan tidak mempunyai rekod prestasi, untuk mendapatkan kemudahan kredit daripada bank dengan memberikan perlindungan jaminan ke atas pembiayaan tersebut. Pemegang saham semasa CGC adalah Bank Negara Malaysia dan bank-bank komersial berlesen di Malaysia. Setakat ini, CGC telah mengeluarkan lebih daripada 445,000 jaminan dan pembiayaan kepada PKS bernilai lebih daripada RM63 bilion.

Mengapa Memilih Kami?

Boleh Dipercayai: imSME ialah platform rujukan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS pertama di Malaysia, yang disokong oleh Bank Negara Malaysia dan bank-bank yang mengambil bahagian.

 

Di imSME, kami komited sepenuhnya dalam melindungi privasi dan kerahsiaan maklumat peribadi pemohon pada setiap masa dengan menggunakan sistem kawalan yang maju. imSME ialah portal atas talian yang khusus dalam memudahkan proses pencarian anda, melalui pemadanan keperluan perniagaan anda dengan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS yang terbaik di Malaysia.

 

Pasukan Penasihat Kewangan imSME: Kami mempunyai Pasukan Penasihat Kewangan imSME yang berdedikasi dalam menawarkan khidmat kaunseling kewangan dan bimbingan. Sebelum merujuk anda kepada program latihan yang disediakan oleh rakan kerjasama kami, penasihat kewangan yang berpengalaman akan sentiasa bersedia untuk membantu anda dalam menyelesaikan sebarang masalah dan pertanyaan. Program latihan kami direka khusus untuk membawa usahawan ke peringkat pertumbuhan yang seterusnya dan dikendalikan oleh pakar-pakar di dalam bidang ini.

 

Mudah: Mendapatkan pembiayaan/ pinjaman perniagaan di Malaysia adalah mencabar, terutamanya bagi golongan yang baru sahaja memulakan perniagaan. Pencarian produk pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang paling sesuai untuk anda kini dapat dicari dan diakses dengan lebih mudah, menjimatkan masa, cekap dan berkesan. Anda hanya perlu mengikuti 4 langkah yang mudah sebelum anda dapat mencari pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang diperlukan.

 

Akses Percuma: imSME ialah platform rujukan yang percuma bagi golongan PKS yang mencari pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang sesuai di Malaysia. Tiada sebarang yuran permohonan atau caj tersembunyi yang dikenakan. Oleh itu, anda boleh menggunakannya pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Di imSME, anda boleh menggunakan semua padanan pembiayaan/ pinjamana yang sedia ada, untuk mencari pembiayaan/ pinjaman yang sesuai dengan keperluan perniagaan anda. Masih belum bersedia untuk bermula? Layari laman Soalan Lazim kami yang menyenaraikan banyak maklumat yang berfaedah; khas untuk membantu anda dalam memahami proses pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan imSME.

Objektif imSME

Kami memahami bahawa proses pencarian maklumat tentang pembiayaan/ pinjaman perniagaan untuk PKS di Malaysia memakan masa yang banyak dan meletihkan, terutamanya bagi usahawan yang memerlukan pembiayaan/ pinjaman untuk memulakan perniagaan, mengembangkan perniagaan ataupun untuk membeli aset. imSME bertujuan untuk membantu dan memudahkan golongan PKS dalam mengembangkan perniagaan anda dengan menyediakan platfom rujukan atas talian bagi maklumat pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang sepadan dan sesuai mengikut keperluan perniagaan anda.

 

imSME bukan sahaja membantu anda dalam menjimatkan masa dan wang, tetapi ia juga merupakan satu platfom yang memudahkan pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan tanpa keperluan untuk mengunjungi beberapa bank. Melalui imSME, pencarian maklumat tentang pembiayaan/ pinjaman perniagaan di Malaysia tidak pernah semudah sebelum ini!

Definisi PKS

Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) merangkumi semua sektor perniagaan, termasuk sektor pembuatan, perkhidmatan, pembinaan, pertanian serta perlombongan dan pengkuarian. Perusahaan boleh ditakrifkan sebagai PKS, sekiranya mereka memenuhi salah satu kriteria: jumlah jualan tahunan atau bilangan pekerja sepenuh masa.

 

PKS terdiri daripada dua kategori, iaitu sektor pembuatan dan sektor perkhidmatan dan sektor lain.

Sektor Mikro Kecil Sederhana
Pembuatan Jualan tahunan kurang daripada RM300,000
ATAU
Bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang
Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM15 juta
ATAU
Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 hingga kurang daripada 75 orang
Jualan tahunan daripada RM15 juta hingga tidak melebihi RM50 juta
ATAU
Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 75 hingga tidak melebihi 200 orang
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan kurang daripada RM300,000
ATAU
Bilangan pekerja sepenuh masa kurang daripada 5 orang
Jualan tahunan daripada RM300,000 hingga kurang daripada RM3 juta
ATAU
Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 5 hingga kurang daripada 30 orang
Jualan tahunan dari RM3 juta hingga tidak melebihi RM20 juta
ATAU
Bilangan pekerja sepenuh masa daripada 30 hingga tidak melebihi 75 orang

Nota:

Jika sesuatu perniagaan memenuhi salah satu kriteria tetapi mempunyai saiz operasi keseluruhan yang berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diambilkira. Sebagai contoh, jika jumlah jualan firma jatuh di bawah perusahaan mikro tetapi bilangan pekerja jatuh di bawah kecil, maka perniagaan tersebut akan dianggap sebagai perusahaan mikro.

Jenis Pembiayaan/ Pinjaman Perniagaan

Apakah itu pembiayaan/ pinjaman yang tidak bercagar?

 

Pembiayaan/ pinjaman yang tidak bercagar adalah kemudahan yang ditawarkan kepada peminjam yang tidak mempunyai sebarang cagaran. Pembiayaan/ pinjaman tidak bercagar merupakan pilihan yang ideal untuk perusahan kecil yang tidak mempunyai sebarang cagaran. Walaupun cagaran fizikal seperti barangan peribadi, aset dan hartanah tidak diperlukan, pemohon dikehendaki memberikan jaminan peribadi ataupun jaminan bersama dan berasingan.

 

Secara amnya, pembiayaan/ pinjaman yang tidak bercagar diluluskan berdasarkan kepada kepercayaan kredit, kedudukan kewangan, keupayaan dan rekod kredit pemohon. Sistem pengiraan berasaskan risiko memainkan peranan yang penting dalam proses permohonan pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS. Ini kerana bank akan menggunakan informasi tersebut untuk menentukan kadar keuntungan/ faedah bagi pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS mengikut status kewangan terkini pemohon dan kemampuannya untuk membayar balik. Oleh itu, semakin rendah risiko yang ditanggung, semakin rendah kadar keuntungan/ faedah pembiayaan/ pinjaman perniagaan yang akan dikenakan kepada pemohon.

Kepentingan Profil PKS

Pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS tanpa memerlukan sebarang cagaran, disasarkan kepada PKS Malaysia dalam semua sektor ekonomi, daripada perniagaan yang baharu ditubuhkan kepada syarikat yang sedia ada. Di imSME, kami memadankan keperluan pembiayaan/ pinjaman perniagaan anda dengan produk yang tepat. Berikut adalah beberapa perkara utama yang perlu diambil kira agar platfom pemadanan atas talian kami; imSME, dapat membantu anda.

 

Penarafan Kredit: Bagi memenuhi syarat untuk pembiayaan/ pinjaman perniagaan, bank akan menjalankan proses penilaian, terutamanya kepada kebolehpercayaan kredit pemohon. Faktor seperti rekod pembayaran, hutang semasa, rekod kredit dan jenis kredit yang digunakan mungkin akan menentukan kelayakan kredit pemohon. Oleh itu, pembayaran lewat dan amaun pinjaman tertunggak yang besar boleh memberi kesan yang negatif terhadap skor kredit pemohon seperti kadar faedah yang lebih tinggi atau kemungkinan besar pembiayaan/ pinjaman ditolak.

 

Tahun dalam Perniagaan: imSME boleh digunakan untuk mencari pembiayaan/ pinjaman perniagaan di Malaysia, tanpa mengira sama ada syarikat itu berada di peringkat permulaan ataupun di peringkat pengembangan. Sesuatu perniagaan memerlukan jumlah pembiayaan dan pembayaran balik yang berbeza, sepanjang kitaran perniagaan mereka. Dengan memahami pertumbuhan perniagaan anda, kami dapat memastikan ketepatan pemadanan pinjaman yang ditawarkan. Sebagai bonus tambahan, anda akan dilayani dengan pelbagai padanan pembiayaan, sekiranya perniagaan anda merupakan entiti yang mantap dan telah lama beroperasi.

 

Jenis Perniagaan: Jelaskan dengan lebih terperinci mengenai perniagaan anda, untuk menikmati kadar keuntungan/ faedah pembiayaan/ pinjaman yang terbaik di Malaysia. Isikan jenis perniagaan, entiti, hasil dan jumlah jualan tahunan anda dan kalkulator pembiayaan/ pinjaman faedah perniagaan PKS kami akan menghitung semua pengiraan dan kerja penapisan untuk anda tanpa sebarang kerumitan. Sebaik sahaja kami tahu keperluan pembiayaan/ pinjaman anda, proses pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan terbaik untuk anda akan menjadi lebih mudah. Kadar yang ditawarkan pula boleh dibandingkan dengan kadar keuntungan/ faedah pinjaman semua bank utama di Malaysia. Sebagai tambahan, lebih banyak bank yang memahami perniagaan anda, lebih banyak kepercayaan yang boleh anda raih.

 

Kenapa tunggu? Mulakan pencarian pembiayaan/ pinjaman perniagaan PKS terbaik di Malaysia di imSME pada hari ini dan dapatkan pembiayaan/ pinjaman yang anda perlukan untuk perniagaan anda!