Penasihat Kewangan

Penasihat kewangan imSME yang lebih dikenali sebagai imSME Financial Advisory Team (FA Team) menyediakan kaunseling kewangan dan bimbingan kepada pemohon pembiayaan/pinjaman yang tidak berjaya. Penasihat bertauliah kami akan meneliti semula profil perniagaan dan seterusnya memberi kaunseling, bimbingan dan nasihat perniagaan / kewangan supaya pemohon dapat memperbaiki kekurangan sedia ada dalam mendapatkan pembiayaan/pinjaman perniagaan.Kami berusaha untuk memastikan, anda sebagai
PKS yang memohon melalui platform imSME berjaya mendapatkan pembiayaan / pinjaman perniagaan sama ada daripada bank-bank yang terlibat mahupun institusi-institusi kewangan
alternatif yang lain.

Penasihat kewangan imSME akan membantu anda:
1. Menyemak semula permohonan yang tidak berjaya (kegagalan untuk mendapatkan produk yang sepadan / permohonan yang ditolak).
2. Menilai sebab ketidaksepadanan dan penolakan oleh bank yang mengambil bahagian.
3. Memberi kaunseling peribadi perihal:

a. Nasihat perniagaan dan asas kewangan (kepentingan mengekalkan rekod kewangan yang baik, cara untuk mengukuhkan pelan perniagaan dan lain-lain;
b. Memberi saranan kepada syarikat Peer-to-Peer (P2P) yang boleh memberikan pembiayaan alternatif
c. Cadangan Pembangunan Kapasiti yang melibatkan:

•  Perniagaan: model perniagaan dan pembangunan pelan perniagaan
•  Kewangan: simpan kira, kos, belanjawan, unjuran, aliran tunai
•  Kredit: kriteria penilaian kredit biasa
•  Pemasaran: produk / perkhidmatan, industri, segmen pelanggan, strategi

Penasihat kewangan imSME juga membantu menangani cabaran pembiayaan / pinjaman PKS dengan merujuk pemohon kepada program latihan yang sesuai.

Klik di sini untuk proses permohonan imSME.


imSME website will undergo scheduled maintenance activity from 22 September 2023 (Friday), 6:00 p.m. until 23 September 2023 (Sabtu), 7:00 p.m.
During this period, you may face service interruption. We apologise for any inconvenience caused.
Laman web imSME akan menjalani aktiviti penyelenggaraan berjadual bermula 22 September 2023 (Jumaat), 6:00 p.m. sehingga 23 September 2023 (Sabtu), 7:00 p.m.
Dalam tempoh ini, anda mungkin mengalami gangguan perkhidmatan. Segala kesulitan amatlah dikesali.