KNP atau Khidmat Nasihat Pembiayaan yang dirasmikan oleh Bank Negara Malaysia (BNM) adalah satu kerjasama diantara Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) dan Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit (AKPK). [email protected] adalah sebuah unit di bawah CGC yang menyediakan khidmat nasihat kewangan kepada Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang gagal memperoleh kelulusan pembiayaan perniagaan dari institusi kewangan. [email protected] bertujuan untuk membantu PKS meningkatkan keupayaan mereka untuk memperoleh pembiayaan dan memaklumkan tentang adanya pembiayaan alternatif.