Soalan Lazim imSME

1. Apakah imSME?

imSME adalah platform rujukan pembiayaan/pinjaman PKS yang pertama di Malaysia oleh CGC.  imSME memadankan keperluan kewangan perniagaan usahawan dengan produk pembiayaan/pinjaman bersesuaian yang ditawarkan oleh institusi-institusi kewangan yang terlibat.  Perkataan ‘mSME’ dalam imSME merujuk kepada perusahaan mikro, kecil, dan sederhana yang dikenali sebagai PKS.

2. Siapakah golongan sasaran imSME?

PKS Malaysia seperti berikut:

Sektor Mikro Kecil Sederhana
Pembuatan Jualan tahunan tidak kurang daripada RM300,000
ATAU
Kurang daripada 5 pekerja sepenuh masa
Jualan tahunan daripada RM300,000 sehingga kurang daripada RM15 juta
ATAU
pekerja sepenuh masa daripada 5 orang sehingga ke 75 orang
Jualan tahunan daripada RM15 juta sehingga tidak melebihi RM50 juta
ATAU
Pekerja sepenuh masa daripada 75 orang sehingga tidak melebihi 200 orang
Perkhidmatan dan Sektor Lain Jualan tahunan tidak kurang daripada RM300,000
ATAU
kurang daripada 5 orang pekerja sepenuh masa
Jualan tahunan daripada RM300,000 sehingga kurang daripada RM3 juta
ATAU
pekerja sepenuh masa daripada 5 orang sehingga kurang daripada 30 orang
Jualan tahunan daripada RM3 juta sehingga tidak melebihi RM20 juta
ATAU 
pekerja sepenuh masa daripada 30 orang sehingga tidak melebihi 75 orang

Nota:

Jika sesuatu perniagaan memenuhi salah satu kriteria di seluruh saiz operasi yang berbeza, maka saiz yang lebih kecil akan diambilkira. Sebagai contoh, jika jumlah jualan firma jatuh di bawah perusahaan mikro tetapi bilangan pekerja jatuh di bawah kecil, perniagaan tersebut akan dianggap sebagai perusahaan mikro.

3. imSME boleh diakses melalui mana-mana peranti atau peralatan?

Ya, imSME boleh diakses melalui desktop, komputer riba, tablet dan telefon pintar yang dihubungkan kepada Internet melalui pelayar web seperti Google Chrome, Internet Explorer, Mozilla Firefox dan lain-lain.

4. Adakah laman web ini boleh dilayari sepanjang 24 jam?

Laman web ini boleh diakses 24/7. Namun, perkhidmatan pemadanan produk tidak dijalankan dari pukul 5 pagi hingga 7 pagi setiap hari berikutan kerja-kerja penyelenggaraan berjadual.

5. Apakah One-Time Password (OTP)?

OTP adalah kata laluan yang hanya sah untuk satu sesi log masuk. PKS dikehendaki untuk menaip OTP semasa pendaftaran. OTP akan dihantar ke nombor telefon yang didaftarkan di imSME.

6. Bagaimanakah cara memohon rujukan pembiayaan/pinjaman melalui imSME?

Empat (4) langkah mudah untuk memohon melalui imSME:

a)     Langkah 1: Masukkan Butiran Pembiayaan

b)     Langkah 2: Kongsi Maklumat Perniagaan

c)     Langkah 3: Daftar / Log masuk

d)     Langkah 4: Banding dan Pilih

Klik sini untuk memohon sekarang atau tonton video ini untuk memahami lebih lanjut.

7. Apakah maklumat yang diperlukan untuk mendapatkan padanan pembiayaan/pinjaman melalui imSME?

Butiran seperti maklumat peribadi dan perniagaan iaitu nama perniagaan, nombor pendaftaran perniagaan, maklumat kewangan perniagaan, nama pemilik/rakan kongsi/ pemegang saham/pengarah diperlukan untuk mendapatkan padanan pembiayaan/ pinjaman melalui imSME.

8. Mengapakah imSME memerlukan maklumat peribadi pemilik, rakan kongsi, pemegang saham dan/atau pengarah untuk membuat pemadanan pembiayaan/pinjaman perniagaan?

Maklumat peribadi diperlukan untuk tujuan pengesahan dan untuk memastikan peminjam tersebut adalah pemilik, rakan kongsi, pemegang saham dan/atau pengarah syarikat yang sah.

9. Apakah produk yang ditawarkan oleh imSME?

Pembiayaan/Pinjaman Tanpa Jaminan.
Sila rujuk https://imsme.com.my/portal/produk/ untuk maklumat lanjut.

10. Apakah langkah seterusnya selepas memilih pembiayaan/pinjaman?

Bank (berdasarkan kepada pemilihan pembiayaan/pinjaman) akan menghubungi PKS dalam tempoh dua (2) hari bekerja.

11. Adakah permohonan untuk pembiayaan/pinjaman PKS mendapat kelulusan segera?

Kelulusan segera permohonan untuk pembiayaan/pinjaman tertakluk kepada terma dan syarat mengikuti polisi ‘Know Your Customer’ bank-bank yang terlibat.

12. Bagaimanakah PKS boleh memantau status rujukan pembiayaan/pinjaman?

PKS perlu log masuk ke imSME untuk memantau status yang tertera pada papan pemuka akaun.

13. Apakah tempoh masa (Average Turnaround Time) untuk penyaluran pembayaran pembiayaan/pinjaman?

Tempoh masa atau Turnaround Time (TAT) akan dipaparkan di halaman padanan produk. TAT bermula daripada peringkat permohonan pembiayaan/pinjaman dengan dokumen lengkap yang telah diserahkan ke pihak bank, sehingga peringkat pembayaran pembiayaan/pinjaman. Ia berbeza untuk setiap produk pembiayaan/pinjaman yang ditawarkan oleh pihak bank.

14. Bagaimana jika PKS tiada sebarang pemadanan pembiayaan/pinjaman?

Pasukan Penasihat Kewangan imSME akan menghubungi dan memberi bimbingan serta panduan kepada PKS yang gagal mendapat sebarang pemadanan.
Maklumat lanjut mengenai Pasukan Penasihat Kewangan imSME di https://imsme.com.my/portal/penasihat-kewangan/

15. Apakah faktor PKS tidak mendapat padanan pembiayaan/pinjaman?

PKS tidak mendapat sebarang padanan kerana bank-bank tiada produk yang bersesuaian untuk memenuhi keperluan perniagaan PKS.

16. Adakah sebarang bayaran untuk menggunakan perkhidmatan imSME?

Tiada sebarang bayaran dikenakan untuk menggunakan perkhidmatan imSME.

17. Bolehkah PKS memohon lebih daripada satu (1) percubaan untuk medapatkan pembiayaan/pinjaman?

Tiada sekatan atau batasan jumlah permohonan melalui imSME.  PKS boleh memohon beberapa kali menggunakan profil pengguna yang sedia ada.

18. Apakah jenis perniagaan yang layak memohon pembiayaan/pinjaman melalui imSME?

Lima (5) jenis perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan/pinjaman melalui imSME adalah seperti berikut:

Jenis Perniagaan

Definisi

Perniagaan Milik Tunggal

Perniagaan dimiliki sepenuhnya oleh pedagang/ pemilik individu.

Perkongsian

Perniagaan dimiliki oleh dua orang atau lebih dan tidak melebihi 20 rakan kongsi.

Perkongsian Liabiliti Terhad

Perniagaan yang menawarkan ciri-ciri hibrid di antara perkongsian konvensional dan syarikat. Ciri-ciri istimewanya adalah sama seperti perkongsian konvensional dari segi fleksibiliti dalam pentadbirannya dan sama seperti syarikat dari segi liabiliti terhad ke atas rakan kongsinya

Sendirian Berhad (Sdn Bhd)

Syarikat boleh ditubuhkan oleh atau mempunyai seorang anggota dan anggota tunggal tersebut boleh juga menjadi pengarah tunggal.

Individu (dengan lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan)

Perniagaan dibenarkan oleh undang-undang dan ditadbirkan oleh pelbagai agensi kerajaan, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan.

19. Apakah jenis industri/sektor perniagaan yang layak untuk memohon pembiayaan/pinjaman melalui imSME?

Semua PKS digalakkan untuk  menggunakan perkhidmatan imSME terutamanya seperti berikut:

Sektor Perniagaan PKS

Contoh Aktiviti Perniagaan

Perdagangan Borong & Runcit & Restoran & Hotel

Perdagangan borong, runcit dan pembaikan kenderaan bermotor dan motosikal dan lain-lain.

Perkhidmatan Kewangan, Insurans, Hartanah dan Perniagaan

Aktiviti perkhidmatan kewangan, insurans/ takaful, insurans semula/ takaful semula dan pencen; aktiviti kepada perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan hartanah dan lain-lain.

Pembuatan

Pembuatan produk makanan, minuman, tekstil, peralatan elektronik, perabot dan lain-lain

Pengangkutan, Penyimpanan dan Perhubungan

Pengangkutan air, pengangkutan darat dan pengangkutan melalui saliran paip, pengangkutan udara, penggudangan dan akitiviti sokongan untuk pengangkutan, aktiviti pos dan kurier dan lain-lain.

Pembinaan

Pembinaan bangunan, kejuruteraan sivil, aktiviti pembinaan khusus, dan lain-lain.

Perkhidmatan Masyarakat, Sosial & Persendirian

Pendidikan, perkhidmatan rekreasi, perubatan, pergigian dan lain-lain perkhidmatan kesihatan dan veterinar, perkhidmatan persendirian dan lain-lain.

Pertanian, Pemburuan, Perhutanan & Perikanan

Pengeluaran tanaman dan ternakan, aktviti perkhidmatan berkaitan, perhutanan dan pembalakan, perikanan dan akuakultur, dan lain-lain.

Elektrik, Gas & Air

Bekalan elektrik, gas, wap dan penyaman udara, aktiviti pengumpulan air, rawatan dan pembekalan, pembetungan, pengurusan sisa, aktiviti rawatan dan pelupusan; aktiviti pemulihan bekalan, aktiviti pemulihan dan perkhidmatan pengurusan sisa, dan lain-lain.

Perlombongan & Kuari

Perlombongan batu arang dan lignit, pengekstrakan petroleum mentah dan gas asli, perlombongan bijih logam, aktiviti perkhidmatan sokongan perlombongan, dan lain-lain.

Perkhidmatan Lain

Sebarang perkhidmatan yang dianggap sebagai aktiviti perniagaan yang sah, dan lain-lain.

20. Bagaimanakah cara untuk reset kata laluan?

Klik ‘Terlupa Kata Laluan’ di halaman log masuk / daftar.  Lengkapkan maklumat yang diperlukan untuk reset.

21. Bagaimanakah PKS mengaktifkan semula akaun yang disekat?

Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan imSME di talian 03-7880 0088 atau e-mel: [email protected] untuk mengaktifkan semula akan yang disekat.

22. Siapakah yang boleh hubungi untuk bantuan berkaitan imSME?

PKS boleh berinteraksi dengan Chatbot iDA (imSME Digital Assistant) untuk pertanyaan umum atau menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan imSME di talian 03-7880 0088 pada waktu operasi (Isnin – Jumaat) dari pukul 8.30 pagi hingga 5.30 petang. Alternatif yang lain ialah e-mel: [email protected] untuk bantuan lanjut.

23. Apakah fungsi imSME Chatbot?

imSME Chatbot atau lebih dikenali sebagai iDA (imSME Digital Assistant) adalah pembantu digital interaktif yang menjawab pertanyaan umum mengenai imSME. Klik pada ikon Chatbot (di bahagian bawah kanan) untuk memulakan perbualan anda dengan iDA.